Jumaat, 17 April 2009

SURAT 11: BUKAN SENANG UNTUK SENANG

Assalamualaikum,

"Canberra ini bosan, rindu mahu kembali ke Nihon."

"Sabarlah! Habiskan dulu PhD, kemudian baru fikir mahu ke manapun."

"Di Nihon dulu, ramai kawan yang satu kuliah, jadi boleh berbincang-bincang, tukar-tukar fikir dan berkongsi masalah. Tetapi, kat sini ..."

Isteri saya mati kata. Saya juga resah, sebetulnya, meski semangat tetap bersemangat. Betapalah, bukan senang mahu senang!

"Atau, kerana kita sudah berkeluarga? Jadi kesoronokan itu tak sama seperti zaman bujang-bujang dulu, boleh huha-huha, lepak sana, lepak sini untuk hilangkan tension belajar."

Isteri terus meluahkan perasaannya.

"Ada benarnya. Tetapi, abang rasa ia juga tergantung sejauh mana kita menerima keadaan sekeliling kita. Kalau kita lihat dari sisi yang cerah, kita akan melihat Canberra ini pun bagus - tenang, tak banyak kesesakan jalanraya."

Bandar Canberra ini, memang, kalau dikira dari sudut hiburan, memang ter-sangat-lah kurangnya. Apa lagi hiburan untuk keluarga. Tak ada taman-taman tema, tak ada peranginan yang berbukit-bukau, dan sementelah lokalitinya di tengah benua, tiadalah pantai dengan ombak bergulung-gulung. Memang, sekali pandangan pandang, bosan. Tetapi, di sebalik bosan itu, ada tenang. Tak ada kesesakan lalu-lintas, 15 minit sudah bisa sampai ke pejabat. Tak ada hiruk-pikuk dengan bunyi motosikal yang tak kenal siang-malamnya.

"Perhubungan sesama komuniti pun agak rapat, bukan? Bukan setakat sama-sama pelajar, sini pun ada PR, orang kedutaan. Ok apa ..."

Ya, kadang-kadang, sebagai suami, saya sedar, dari satu sisi saya harus jadi pendengar yang baik. Tetapi, dalam masa yang harus jadi pengingat, penyedar yang tidak kurang baiknya juga.

"Dan kerana berkeluarga juga, kita ada Ilham, bukan?"

Dan kali ini isteri tersenyum.

Ya, saya seringkali melihat perubahan reaksi isteri saya - daripada letih-lesu menjadi ceria segar - sebaik memeluk Ilham di muka pintu pada jam 8 malam. Rutin harian isteri saya sebagai pelajar PhD(tanpa ada Master!) bidang Kimia, yang terikat dengan eksperimen, oh, sangat membebankan! Keluar rumah jam 8:30 pagi, bekerja, bekerja, dan bekerja, sehingga kadang-kadang makan pun bisa terlupa, sehinggalah jam 7 petang. Kemas-kemas barang, baru balik. Bukan saja badan letih, otak pun hampir-hampir mati jadinya. Tetapi, sebagai memeluk Ilham, ada satu ubat baru yang disuntik kepada isteri, dia lekas jadi segar semula. Ajaibnya!

9 ulasan:

  1. salam, apa khabar? wah cerianya gambar..lama tak dgr cete Amalia..

    BalasPadam
  2. Sekadar berkongsi kisah..
    Sekurang2nya amalia ada soulmate dan belahan jiwa disisi,buat research ni (PhD pulak) cabaran bukan kepalang. Macam sorang yg kat holland tu (hang tahu sapa dia kan), she's all alone, malaysian pun ada dua kerat je kat tempat dia, dan itu pertama kali dia ke luar negara, dia selalu fikir yg nasib dia sgt teruk hinggalah dia bertemu dgn seorang kenalan. Kenalan tersebut menceritakan pengalamannya yg terpaksa meninggalkan anak yg masih belum bercerai susu (3 months old) di Malaysia gara2 masalah visa. Waktu tu bulan puasa, makanan disuap tak tertelan rasanya teringat si anak.
    Undergrad dan post-grad study memang berbeza. Waktu undergrad, kita dikelilingi ramai kawan, gi kuliah, buat assignment, cuti semester gi jalan ramai2 etc. Tapi bila post-grad, projek kajian menuntut kita untuk berseorangan,alhamdulillah aku dah rasa sebelum ni masa peringkat master dulu, jadi aku dah tahu rencah kehidupan pelajar undergrad ni. Lain orang lain cabarannya..dan benarlah seperti kata hang, bukan senang nak senang..
    (maaf terpanjang catatan ulasan aku, dah nak sama panjang dgn entri blog hang pulak..kekekek..)

    BalasPadam
  3. Salam rindu buat liyafendi sekeluarga,

    Aha, kami di sini pun sibuk - research dan kehidupan seharian - lebih-kurang sama macam kehidupan di Nihon juga, kot.

    Ini pun baru balik 'berkampung' di Melbourne.

    Kalau ada kelapangan (duit lebih banyak, bukan? hehe) lajak-lajak lah ke benua selatan!

    BalasPadam
  4. Salam buat Ronie,

    Aha, itu lah 'ujian' untuk pelajar pasca-ijazah ini bermacam-macam bentuknya, kena tabah dan lebih sabarlah. Cabaran sebagai orang bujang tanpa keluarga dengan caranya sendiri, dan keluarga pula dengan mehnahnya yang lain.

    Ya, bukan senang mahu senang, bukan?

    Oh ya, cabaran sebagai pasangan kepada pelajar PhD (akulah tu .. haha) juga tak kurangnya mencabarnya, nanti aku ceritakan di lain kesempatan.

    All the best, Ronnie

    BalasPadam
  5. Sdr Ilham
    ya, benar, pengalaman membuat PhD memang kebanyakannya perit. saya tidak terkecuali. benar seperti kata Ronie, teman belahan jiwa sdr tidak sendiri. syukurlah ada sdr dan Ilham jr yang sering memujuk itu. yang paling BESAR ada ALLAH tempat kita mencurah lelah dan ketakutan... alhamdulillah, kuatkan semangat!

    BalasPadam
  6. Kepingin sekali untuk menatap wajah Amalia Sensei setelah sekian lama tidak bersua. Terima kasih ya, lampirkan sekali gambar sekeluarga dalam entri kali ini.

    Moga sensei tabah ya! Suami dan anaknya pun diharap begitu juga :)

    BalasPadam
  7. Dr Mawar yang dihormati,

    Dr tentulah lebih mafhum tentang jerih-perit untuk mendapatkan sehelai kertas bercetak Doktor Falsafah. Mudahan semangat perjuangan Dr satu masa dulu bisa isteri saya panggil buat menemankan jejak langkahnya!

    BalasPadam
  8. CucuTokJanggut,

    Bila jauh terrindu-rindu, aduhai!

    Bila nak datang ryoukou sini?

    Ganbatte!

    BalasPadam
  9. Salam buat semua,

    Terima kasih buat Ronnie dan Dr Mawar di atas nasihat-nasihatnya. Apalah sangat ujian ini jika dibandingkan dengan saudara-saudara kita di Palestin. Doakan saya! All the best buat Ronnie juga yang jauh di sana.

    To Fizah,
    gambarou ne! Mata itsuka aou, insya Allah.
    O genkide..

    -Amalia-

    BalasPadam