Masyarakat kampung saya di Perlis mempunyai saya bidalan yang sangat relevan terutama di hari kematian tukang rumah, bunyinya begini;
"Begitulah nasib rumah tukang rumah. Dia sudah banyak buatkan rumah orang, sedangkan rumah sendiri, tak siap-siap," adu isteri tukang rumah yang baru meninggal, dan ternyata bumbung rumahnya sendiri tak lengkap buatannya.
Ironinya, petang semalam, setengah hari saya mengerjakan microwave oven yang kata isteri saya tak berfungsi dengan baik. Sayang juga dengan maicrowave yang satu ini, multi-fungsi, berjenama baik dan dibeli 'tangan kedua' (second-hand!) dengan harga yang relatif murah - $80!
Satu masa dulu, saya pernah bekerja sebagai seorang enjiner di sebuah syarikat printer Jepun di Petaling Jaya. Jadi, sesungguhnya saya tak mahulah isteri saya kelak mengadu: kasihan, sudah banyak barang elektrik lain dia buatkan, microwave sebuah di rumahnya tak dibetul-betulkan.
Kerna sayang isteri, saya menggodek-godeknya!
Satu masa dulu, saya mengeluarkan secara purata 90-100 buah printer setiap hari (bukan saya seorang lah! Maksud saya pasukan kami!) Daripada yang saiz kecil yang bisa diangkut mudah, sehinggalah saiz besar yang perlukan lelaki sasa untuk mengangkatnya.
Tetapi semalam, separuh hari itu hanyalah untuk membuka skru, memeriksa punca kerosakannya sahaja. Kalaulah sebanyak itu kerja yang dibuat sewaktu bekerja di SATO dulu, alamat rendahlah bonus saya!
Puncanya? Aduhai, kerna dia enjiner kecil!
Di dalam doa-doa dan hati kecil saya, saya tak pernah meletakkan sebarang cita-cita spesifik terhadap 'injiner kecil' ini, dan saya percaya isteri saya sama. Kami hanya mendoakan: jadilah anak yang soleh, anak yang bijak dan anak yang sihat.
Tetapi, pada usia 'enjiner kecil' ini baru dua tahun lebih sedikit, saya melihat 'enjiner kecil' ini ter-lalu-lalu-lah obses sangat dengan barangan elektrik. Maka, banyaklah barang-barang yang menjadi mangsanya, daripada i-pod umminya, kamera FujiFilm, vacuum cleaner, dan playground yang paling dia suka - kawasan soket elektrik.
Kerna dia permata pertama, kami tak punya pengetahuan yang jelas apa yang terbaik untuk diberikan pada usianya yang sebegini. Kalau ada cadangan, molek juga, didahului dengan ber-banyak-banyak-lah terima kasih.
Aduhai, enjiner kecil!