Isnin, 1 Jun 2009

SURAT 28 : SAKURA ITU PEMBERIAN MAMA!

Assalamualaikum,




Mama (dan Abah) sudah balik Rabu lalu. Saya, isteri dan Ilham yang menghantar mereka hingga ke Sydney Airport, sebelum mereka terbang pulang ke Malaysia, lewat kembara ringkas 12 hari di benua Australia.

Tanpa disangka, saya menerima hadiah istimewa Sabtu baru ini ... Sakura itu Pemberian Mama; SIPM!

Cerpen ini saya kirimkan kepada Puan Salbiah Ani daripada Berita Harian pertengahan April dulu. Ya, kerna April adalah bulannya sakura, impi-impi saya ialah cerpen ini akan terbit pada bulan April juga. Apatah lagi, April bulan kelahiran saya (dan kelahiran dua adik lelaki saya yang lain juga!) Maka, jauh di sudut hati, mahu saya hadiahkan cerpen ini sebagai sebuah penghargaan kecil kepada Mama kerana menyabung nyawa demi kelahiran saya (dan adik-adik juga!) Demikian hajat besar saya atas sebuah cerpen kecil.

Ditunggu-tunggu, tak keluar-keluar, dan April pun dilewati. Saya memahamkan diri: tak semua yang kita mahu akan mampu jadi. Begitu hal dengan karya, tak semua karya kita akan mendapat tempat dan ruang di dalam media-massa. Apa lagi pada saya, SIPM adalah sebuah karya eksperimen untuk saya. Meski mendapat bantuan Dr Mawar Shafie (terima kasih Dr Mawar Shafie yang baik hati!), saya tetap kurang yakin untuk mengenegahkan SIPM. Dan ... sungguh, SIPM tak keluar!

Rupanya Tuhan sengaja menyimpan SIPM hingga saya selesai berkhidmat untuk Mama (dan Abah!) sepanjang tempoh singkat mereka di sini; di Melbourne, Canberra dan Sydney.

Sedikit tentang Sakura Itu Pemberian Mama ...

KAU tahu, Jepun sudah diserbu sakura!

Sepasang Somei Yoshino yang ditanam gemulah Papa megahnya, aduhai!

Bukankah dulu aku pernah ceritakan?
“Kata Papa, sepasang Somei Yoshino itu adalah zahir cintanya pada aku dan Mama!”

BACA SEMUA


2 ulasan: