Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Tuhan telah mencampakkan saya ke 2 buah negara. Mungkin memberi peluang untuk saya merasakan kelainnya, dan tak mustahil sebagai menguji sejauh mana tahannya iman saya. Tetapi, saya tahu ... aturan Tuhan bukan sia-sia!
Ada 1 ayat 'penghakiman' dan 1 soalan apabila saya bersembang dengan teman baru, yang selalunya melalui ym.
Apabila saya jawab: Saya di Jepun, atau, saya di Australia.
Mereka akan memberikan ayat penghakiman, "wah, seronoklah. Bertuahlah!"
Ya, saya tak nafikan imej-imej luar negara yang bergayutan di pohon akal mereka sentiasa sama: salju yang putih, musim bunga yang nyaman, tempat-tempat yang menarik, budaya asing yang rencam, dan banyak lagi yang indah-indah. Jadi, tak salah untuk mereka mengata - wah, bertuah! - kerana itu yang ada dalam sangkar fikir mereka. Bahkan, guru-guru di sekolah awal-awal lagi sudah melukiskan lukisan-lukisan indah itu sebagai sebahagian dari motivasi kepada mereka agar mereka belajar rajin hingga sampai ke luar negeri, menceduk ilmu yang canggih-canggih di luar.
Tetapi, di luar kesedaran mereka yang berkata - wah, bertuahnya! - ia di balik sisi indah itu ada cabaran getir yang cukup menguji saya yang dihitung termasuk tahun ini sudah 8 tahun merantau. Dan sisi getir ini jarang diambil tahu oleh mereka. Bahkan guru-guru sekolah pun jarang memperkatakan tentangnya.
Baik, dan 1 soalan yang selalu ditanya selepas itu ialah, "senangkah makanan di sana?"
Orang Malaysia: makan, makan dan makan! (senyum)
Ya, dari segi positifnya, mungkin ditanya soalan makanan itu sebagai manifestasi ketelitian penanya soal-soal halal-haram. Bagus juga. Tetapi, dari sisi negatifnya, seperti tak fikirkan hal lain, melainkan makan sahaja. Sedangkan, saya hampir tak pernah bertemu soalan pertama yang berbunyi: senangkah untuk menjaga agama di sana? Aneh, bukan?
Abang Hashim, pengurus besar sebuah hotel terkemuka di sini yang hampir 20 tahun tinggal di sini juga punya cerita yang menarik. Katanya, kala kami bertemu makan petang di lobi restoran yang diselianya:
"Aku dah pernah jumpa orang Malaysia yang datang sini macam-macam jenis. Tetapi, yang lucu adalah jenis alim tahi kucing!"
Kemudian dia tertawa, menghirup black coffee.
"Apa dia alim tahi kucing tu?"
Tawa Abang Hashim masih belum hilang sepenuhnya, "Pertama kali sampai sini, soalan pertama dia akan tanya: "senang nak dapat makanan halal?" Itu memang soalan wajib. Wah, kita kata dalam hati: "alimnya orang ini." Tetapi, jangan taktahu ... malam sikit, perlahan-lahan dia datang bisik kepada kita: "pstt ... ada tempat bagus kah malam nih?" Aduh-aduh, betul-betul alim tahi kucing."
Kami tertawa, alim tahi kucing!
"Sampai setengah tu, bukan setakat telefon tanya, siap datang rumah, ajak aku pergi tempat bagus tu. Masa muda-muda aku ikut jugak lah. Tetapi, sekarang ... dah tua sedikit, aku beritahu tempat dia, dan kata: Maaf Encik, teksi banyak di luar. Encik boleh pergi sendiri."
Aduh, aduh.
Ya, hujung minggu lepas saya dipanggil sekumpulan adik-adik untuk bersembang-sembang sambil makan-makan. Dan antara benda yang ditimbulkan di dalam perbualan ialah tentang hadis nabi yang menyebutkan:
"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '
Ya, soalan syubhah dalam hal makanan ini sangatlah banyak, tak terkira. Dan ini adalah antara jalur-jalur kegetiran yang sahabat-sahabat ym saya yang baru itu tak tahu dan tak pernah diberitahu tentangnya.
Semasa di Jepun, sering berlaku kekeliruan semasa membeli roti Yamasaki tentang bahan yang digunakan - shotenin - samada ia lemak haiwan, atau lemak tumbuhan. Jadi, kami harus menelefon sendiri kepada syarikatnya,
"Encik, boleh kami tahu, adakah shotenin yang digunakan adalah daripada haiwan, atau tumbuhan?"
"Oh, syarikat kami semua bahannya adalah berasaskan shokubutsu, tumbuhan."
Alhamdulillah!
Saya ingat masalah itu hanya di Jepun, oh, rupanya tak juga.
Di sini, sekali lagi apabila membeli roti atau makanan lain, kami harus periksa betul-betul - ada emusifier 471 dan 476 atau tidak. Ini kerana dua jenis lemak itu tidak dapat dipastikan samada berasaskan tumbuhan atau haiwan. Susah jugak! Jadi, urusan membeli barangan harian menjadi sedikit sukar, dan memakan masa yang lebih panjang. Ah, itupun jika anda mengambil langkah berhati-hati. Tetapi, kalau anda jenis yang - alah, baca Bismillah saja, asal bukan babi, halal - memang di mana-mana pun senang hidup. Ya, senang hidupnya, tetapi .. sesudah mati, teruk pula kena sebat. Aduh, aduh.
"Potato chip O-Porto tu boleh makan kah? Yang tahu burgernya saja yang halal." selidik isteri saya apabila terpandangkan sebungkus kentang goreng dengan logo O-Porto, jenama restoran makanan segera di sini.
"Budak-budak tu kata ok."
"Budak-budak mana? Boleh percaya kah?"
Isteri saya terus mendesak. Kurang sabar, dan terasa ego saya sebagai suami terasa dicabar-cabar pula masa itu, terasa macam mahu saja membalas balik - ah, banyak soal pula dia!
"Lain kali hati-hatilah sikit, abang! Jangan ambil mudah."
Nasihat isteri yang lembut, meski kedengaran pedih dan mencabar ego seorang pemimpin, harus saya telan juga, kerana kebenaran tidak mengenal anda suami, atau anda pengikut, samada isteri atau anak-anak. Kerana kebenaran adalah milik Allah.
"Berhati-hatilah ketika makan, " saya mengambil kata, malam itu. Bunyi pemanas elektrik yang seketul besar di belakang saya kedengaran berdesih-desih malam mingu lepas.
"Kerana dari makanan yang dimakan, akan jadi darah daging. Dan makanan-makanan yang syubhah inilah yang melahirkan akhlak yang buruk, hati yang keras, dan amalan yang tunggang-langgang. Ya, nampak mudah, senang ... tetapi, kesannya dasyat sekali."
Beberapa orang adik-adik yang bermuka persih, dan saya tahu hati mereka juga jernih bersih, terlihat mengangguk-angguk. Saya harap mereka faham, bahawa ... hidup di luar ini tidak semuanya - wah, seronoknya - melainkan ada ujian-ujian tersendiri yang didatangkan oleh Tuhan yang berkuasa.
Selamat berjuang di tanah orang, sebagaimana kata Syeikh Ramadan al-Buti: adalah haram untuk memasuki negeri kafir melainkan untuk tujuan dakwah. Nah, mempertahankan hanya yang halal-halal untuk masuk ke saluran perut juga adalah dakwah, dakwah untuk menceritakan inilah Islam, inilah hukumnya, hukum yang diturunkan dari Tuhan yang Agung!
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
Assalamualaikum wbt.
BalasPadamSalam ziarah dari penanam di benua yang berbeza.
Alhamdulillah, kami baru sahaja selesai GWG09.Tunas-tunas semakin subur.Pucuk-pucuk semakin tumbuh,insyaAllah.
Melihat wajah-wajah jernih adik-adik,sudah cukup memberi muhasabah buat ana, bahawa di sepanjang kehidupanku ini, banyak sekali dosa-dosaku.
Doakan kami disini, moga kedatangan kami sebagai duta-duta islam, dapat menyuburkan kembali baja-baja tanaman,insyaAllah.
Salam ukhuwah dan taaruf dari kejauhan,salam sekencang dakwah buat motivasi ana dan nta, ya akhi.
Mohon doa dari nta.
Ana yang faqirilmu.Pemilik hati yang senantiasa berbolak balik.
Semoga akhi senantiasa berada dalam ketinggian iman dan amal,insyaAllah.
Maaf, ana tersilap link kan untuk blog pautan di atas.Ini blog taaruf dari ana.
BalasPadamhttp://warkahraudhah.wordpress.com/
salam bro ilham..
BalasPadamowh..sy xtau pon shortening yamazaki asal dr tumbuhan..kami di sini mmg dah cop yamazaki tu haram, coz pekerja di kedai rotinya cakap, mereka ada guna babi, tp xsure apa bahannya..lepas keje mesti dier samak..
Mohd Ridzuan yang dihormati,
BalasPadamIsh, anta punya komen membuatkan ana rindu sangat nak balik 'menanam' di Jepun.
Bagaimana dengan GWG? Ramai yang datang? Mudahan ada mutiara ilmu yang dikendong pulang, ke Hokkaidokah, Honshukah, Shikokukah, atau Kyuushukah, selain dari pertautan ukhuwah Islam.
Teruslah berjuang!
Zaliza,
BalasPadamYang shortening ini semasa saya dulu. Tetapi, kalau sekarang ini, lebih baik periksa dulu dengan Yamasaki, sebab mereka selalu berubah-ubah bahan-bahan yang digunakannya.
Telefon saja nombor servis pelanggan yang ada di kulit pembalut rotinya itu.
Ya, mudahan selamat .. dunia dan akhirat ..:)