Rabu, 8 April 2009

SURAT 9: MENGHARAP HIDAYAH DARI HIDAYAH CINTA!

Assalamualaikum,




"Encik Ilham, Hidayah Cinta sudah keluar kilang, bersedia untuk ikut serta dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009."

Demikian kata Cik Hafizah, editor Perolehan PTS kala saya bersembang dengannya sebentar tadi.

"Boleh saya tahu sudah berapa yang terjual?"

"Data terbaru belum ada. Cumanya, sudah terjual 3000 dan kita re-print lagi 3000 nashkah, termasuk untuk dibawa ke Pesta Buku."

Oh, Alhamdulillah!

Sungguh saya tak sangka Hidayah Cinta boleh pergi sejauh itu!

Ya, sesungguhnya saya tak meletakkan sasaran yang tinggi kepada Hidayah Cinta. Selain kerana Hidayah Cinta adalah novel pertama saya (tidak termasuk buku kumpulan cerpen saya;Mekar Sakura Di Mimbar Cinta!), saya sendiri tak merasa cukup berpuas hati dengan penulisan saya. Terlalu banyak kelemahan dalam penulisan dan juga wajah Jepun itu sendiri, saya rasa tidak berjaya saya lukiskan sepenuhnya agar pembaca seperti dapat melihatnya sendiri, ya, dengan mata sendiri! Ya, saya akur, saya penulis yang merangkak!

Seperti kata Fisha dalam reviewnya terhadap Hidayah Cinta,

"Mengambil latar negara matahari terbit, Ilham Hamdani, melalui watak Umar Thilmisani (saya sudah lama suka dengan nama Thilmisani ini!) ia bercerita mengenai suka-duka kehidupan seorang pelajar kejuruteraan mekanikal yang belajar di sana. Watak Thilmisani digambarkan dengan ideal - bijak, beragama dan semua-semualah. Ya, saya memang ada isu dengan pengukiran watak begini. Namun, kalau wataknya tidak begitu, mana nak menarik cerita begini, kan?"

Anda juga boleh baca review daripada Cik Aina Dayana Hilmi tentang novel sulung saya ini. Terima kasih saya titipkan buatnya yang sudi memberikan review, walaupun saya mengharapkan kritikan sebetulnya, bukan pujian. Justeru, saya sedar saya ini orang merangkak, perlu banyak didokong, perlu banyak disokong demi lekas berjalan pantas.

Juga terima kasih untuk Saudara Zul kerna reviewnya!

Oh Tuhan, saya perlukan kritikan, sebetulnya!

Saya tak tahu sejauh mana lagi Hidayah Cinta akan pergi? Untuk difilemkan? Sepertinya Ayat-Ayat Cinta? Laskar Pelangi? Atau, Ketika Cinta Bertasbih (aha, katanya Ketika Cinta Bertasbih sedang menjalani penggambarannya, dan khabarnya lebih Islami kalau mahu dibandingkan dengan filem pertama daripada karya Kang Abid itu!) Oh, saya tak fikir Hidayah Cinta akan pergi sejauh itu. Saya tak mengharap Hidayah Cinta melangkah sebegitu pantas, tetapi yang pada 'tangan' Allah itu, saya tak tahu!

Cuma, yang terfikir saat ini, ah, itu pun setelah saya sudahkan Di Bawah Langit Selatan yang sedang saya geluti ini - Hidayah Cinta mungkin mempunyai sekuennya. Dan, saat ini isteri saya sedang bersungguh-sungguh memujuk saya, "abang, lepas ini saya mahu buat Post-Doc! Dan cadangnya mahu buat di Jepun semula, rindu dengan Nihon!"

Hah, sepertinya Hidayah Cinta akan ada siri kedua, atau ketiga? Sekali lagi, semua itu di dalam 'tangan' Allah!

Apapun, jumpa Hidayah Cinta di Pesta Buku, ya. Ops, tuannya di sini, berdoa dari jauh!


Nota: Terima kasih tak terhingga untuk warga kerja PTS juga, pastinya!

6 ulasan:

  1. salam...terima kasih atas komen En. Hamdani dalam blog saya. Saya Mengharapkan agar banyak lagi novel terbaru dihasilkan oleh En. Hamdani pada masa-masa akan datang...terutama sekali berkaitan denagan negara matahari terbit itu. Lebih menarik lagi apabila ianya banyak disadur dengan sejarah berkaitan dengan negara itu sendiri.

    BalasPadam
  2. Salam kembali buat sdr Azamtekad,

    Terima kasih kerana mengunjungi savana Canberra ini,:)

    Ya, saya memang berhajat untuk terus membongkar rahsia-rahsia 'samurai' yang masih belum diketahui oleh anak Melayu kita, hatta saya sendiri pun. Cuma, itulah kadang-kadang kekangan masa, disiplin yang endah, dan kemahhiran menulis saya yang masih lemah menjadi penghalang.

    Satu permintaan saya, doakan untuk kelangsungan penulisan saya.

    Terima kasih

    BalasPadam
  3. Salam Saudara Ilhamhamdani

    Tahniah atas penjualan novel yang menggalakkan. Saya akan cuba dapatkan senaskah di Pesta Buku nanti.

    Teruskan menulis...

    BalasPadam
  4. Sebentar tadi di Pesta Buku Segamat, saya cuba mencari novel tuan tapi tidak ketemu, tidak mengapa akan cuba mencari lagi...

    BalasPadam
  5. Salam,

    Puan Aniisma, mungkin Hidayah Cinta belum sampai lagi stok yang terbaru. Kerana daripada maklumat PTS, novel Hidayah Cinta baru saja keluar dari kilang.

    Harap-harapnya akan segeralah stok baru masuk ke kedai-kedai buku.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum :)
    Saya tidak menyangka review saya itu dibaca sendiri oleh penulisnya. Mohon maaf atas kekurangan dalam resensi saya. Saya hanya menulis apa yang saya rasa berdasarkan buku tersebut. Mungkin ada penambahbaikan. Semoga penulis terus dapat menulis cerita yang bermutu dan baik untuk tatapan umum :)

    Saya minta izin untuk pautkan blog penulis ke blog saya. Jazakallah :)

    BalasPadam